Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kecewa apabila mendapat tahu orang gajinya melakukan perbuatan terkutuk di dalam rumahnya sendiri.
Menerusi hantaran di Instagram, usahawan Terlajak Laris itu mendakwa orang gajinya berzina di dalam rumah selain turut mencuri duit dan jam tangan mewah miliknya
Aliff turut menunjukkan seutas jam tangan jenama Panerai yang telah dicuri pembantu rumahnya itu. Ia bernilai ratusan ribu ringgit.
“Sedih. Maid curi duit anak saya, curi duit saya, berzina dekat rumah saya. Yang paling sedih lima jam mewah saya dicuri (iaitu) Omege, Rolex, Tag Heuer.
“Ya Allah kuatkanlah imanku. Nak tahu siapa yang mencuri dan merompak dalam diam, tengok TikTok saya Papa Laris.
“Saya dah post di sana kisah sebenar,” tulisnya.

Sebelum ini Aliff Syukri pernah berhadapan dengan situasi sama apabila bekas pembantu rumahnya didakwa mencuri wang tunai, barang kemas, dan juga jam tangan mewah miliknya.
Baca juga: “Campak skrip ke muka orang”, Mira Filzah dituduh selebriti baik berperangai syaitan