Tindakan seorang wanita mengalihkan bangkai anjing di atas jalan raya ke bahu jalan mendapat pujian netizen di atas keberanian dimilikinya.
Seorang pengguna jalan raya Zul Ihsan sempat memuat naik gambar wanita tersebut yang menggunakan plastik hitam bagi mengalihkan bangkai ke tepi.
Dikatakan bangkai tersebut berada berhadapan jalan kedai Eco Chendering dalam keadaan yang cukup menyedihkan.
“Aku singgah kedai ni dan ternampak suasana ni.
“Satu amalan terpuji dan mulia di sisi agama apabila membuang sesuatu yang menghalang di jalan.
“Kalau Nabi SAW kata duri pun dah dapat pahala, bayangkan bangkai anjing. Aku doakan kak ni diberi pahala dan kedudukan di sisi Allah,” tulisnya pada hantaran tersebut.
Netizen mendoakan agar wanita tersebut sentiasa dimurahkan rezeki kerana telah membuat kebaikan.
“Semoga akak ini sentiasa dalam lindungan Ilahi asbab kebaikan kecil yang dia buat ini,” komen Wana Mas.
Bagi yang memandu kenderaan, sila berhati-hati agar binatang tidak berdosa ini menjadi mangsa anda.
Baca juga: Sengaja gunting baju sebab nak boikot Sweden, sekali Caprice disekolahkan netizen