Seorang ibu berkongsi pengalaman yang membuatkannya hilang kata-kata ketika menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) sekolah anaknya.
Dalam satu perkongsian di X, wanita itu terdiam saat ada ibu bapa mengadu kerja sekolah anak mereka terlalu banyak ketika cuti sekolah sehingga mengganggu mood anak-anak bercuti.
Tidak hanya itu, ada juga yang mengeluh tidak mampu membayar buku aktiviti anak mereka.
Paling mengejutkan isu cikgu tidak membalas pesanan WhatsApp juga dibangkitkan oleh ibu bapa dalam mesyuarat berkenaan.
“Speechless aku datang mesyuarat PIBG sekolah anak aku.
“Hangpa pikiaq apa wei? Patutlah budak-budak sekarang kelaut perangai, entitled ni dia menurun dari mak bapak rupanya,” katanya.
Wanita itu turut menyertakan satu tangkap layar aduan bertulis yang diutarakan seorang ibu.
Dalam aduan itu, ibu berkenaan berpendapat kerja sekolah terlalu banyak bukan sahaja membebankan murid, bahkan membebankan ibu dan ayah yang mempunyai anak ramai kerana perlu dipantau kerja sekolahnya.
“Kalau semua mata pelajaran ada kerja rumah, dah terlalu banyak kerja rumah untuk dibuat. Kalau seorang murid ada 3 atau 4 mata pelajaran yang guru bagi untuk cuti penggal, dah nampak terbeban.
“Juga bertambah beban untuk mak ayah di rumah. Contoh saya ada tiga anak di sekolah ini, memang perlu banyak masa untuk bantu kerja rumah mereka setiap kali cuti penggal,” kata ibu berkenaan.
Baca juga: “Sakit betul bila penyondol desak aku benarkan suami kahwin, siap minta sebelum aku bersalin…”