Amaran hujan berterusan tahap bahaya di empat negeri

Oleh MALAYSIADATELINE

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di empat negeri sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikemas kini pada 1.05 tengah hari tadi memaklumkan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan daerah Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.

Hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang sehingga esok.

Dalam pada itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) sehingga hari ini.

Situasi sama juga diramal berlaku di Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah) sehingga esok.

— BERNAMA

Baca Artikel Penuh