Pertama kali berkunjung ke negeri orang, pastinya tak terbiasa dengan cara untuk pesan makanan apatah lagi melibatkan pasembor.
Nampak sedikit tapi selepas dipotong pastinya rojak pasembor ini akan menjadi banyak, selalunya satu set dikongsi tiga ke empat orang.
Buat sekumpulan lelaki yang bercuti ke Pulau Pinang, ini mungkin menjadi satu kenangan lucu yang boleh dikenang sampai bila-bila.
Menerusi video yang dikongsi di TikTok, @silentkuro, dia dan enam rakan lain menikmati set rojak pasembor yang dilihat sangat banyak untuk kuantiti bagi seorang makan.
“Masa ambil macam sikit, sekali potong nah. Pertama kali datang Penang (Pulau Pinang) dengan rakan-rakan.
“Alhamdulillah lepak dekat dua jam dan selebihnya bungkus dan makan dekat hentian Rehat dan Rawat (RnR),” ujarnya di ruangan komen.
Menjawab persoalan ramai bagi satu set pasembor dinikmati, pemuda tersebut menjawah setiap satu pinggan itu melebihi RM40.
“Brader (kawan) yang pakai topi dah hampir RM60, yang lain semuanya cecah dalam RM40 dan ke atas,” ujarnya.
Rata-rata netizen tergelak sama apatah lagi ada yang kongsi mereka selalu berkongsi satu set dengan keluarga atau rakan-rakan.
“Aku boleh tolong gelak je lah. Sepinggan tu untuk lima orang makan kot.
“Seriuslah seorang makan sepinggan. Aku pergi dengan keluarga hari tu, lima orang makan sepinggan pun kena caj RM48, kenyang pula tu.
“Weh aku makan sepinggan pun tak habis kongsi, akhirnya bungkus bawa balik sebab masa ambil nampak sikit juga,” antara komen netizen.
Baca juga: Gara-gara βayam guntingβ kantin sekolah diarah tutup, 90 pelajar keracunan makanan