Jumlah duit raya yang diterima Jebat Jayden iaitu anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan usahawan Noor Nabila yang mencecah lima angka membuatkan ramai terkejut.
Dalam tempoh seminggu sahaja, anak pasangan selebiriti itu sudah memperoleh duit raya sebanyak RM18,369, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Tidak hanya menerima wang tunai, Jebat turut memperoleh hadiah lebih eksklusif iaitu beberapa keping jongkong emas sebagai duit raya daripada ahli keluarga terdekat.
Antara diterima termasuk jongkong emas jenama Poh Kong edisi Bunga Raya seberat 10 gram dan 1 gram, selain PAMP Suisse (10 gram) serta Tomei (1 gram).
Difahamkan, pemberian tersebut datang daripada ahli keluarga termasuk ibu saudaranya selebriti terkenal, Neelofa, selain sanak-saudara serta kenalan rapat keluarga.
Perkongsian video Noor Nabila bersama anaknya itu pantas menjadi bualan ramai, dengan rata-rata netizen tumpang gembira melihat rezeki yang diterima Jebat.
Ada yang menyifatkan jumlah tersebut sebagai rezeki anak selebriti, selain turut berkongsi pengalaman ketika zaman kanak-kanak mereka yang hanya menerima duit raya dalam jumlah kecil.
Malah, segelintir netizen mengakui duit raya yang diterima mereka suatu ketika dahulu tidak pernah mencecah lebih daripada RM200.
Baca juga: Wanita terkejut kuota BUDI95 licin dirembat, transaksi di stesen minyak sempadan!