“Anak jutawan tapi menyedihkan” – Aliff Syukri hadiah Porsche untuk jaga imej anak

Oleh MAISARAH AISYA

Usahawan dan pempengaruh sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan ramai selepas menghadiahkan kereta jenama Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anaknya, Ammar Ahyan.

Tidak mahu dilabel sebagai bapa kedekut, Aliff menganggap itu adalah usaha untuk menjada penampilan dan reputasi sebagai anak ahli perniagaan lapor Kosmo! Online.

“Dulu saya dah penat bising fasal fesyen, selebih dan rambut dia ‘kembang’ tapi bila (dia) makin besar, saya nampak dia ada kemajuan. Sekarang ada gaya sikit.

“Saya juga nak orang tahu, bapa dia bukanlah seorang yang kedekut. Saya tak nak orang pandang ‘anak jutawan tapi dia menyedihkan’. Saya tak nak begitu,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Jelasnya dia tidak memanjakan Ammar dengan kemewahan tetapi, sebaliknya itu adalah hasil titik peluh bantuan daripada orang sekeliling termasuk anaknya.

“Asalnya saya dan isteri nak belikan Ammar kereta Honda je. Paling maksimum pun kereta Mercedes lah. Fikir punya fikir, saya nak Ammar ‘enjoy’ zaman muda dia. Ammar punya impian nak beli kereta Perdana, Honda Accord atau Mercedes X-Class.

“Sebagai seorang bapa, saya memang nak nampakkan anak saya hebat. Ketika saya senang sekarang, saya nak anak rasa bersama.

“Waktu susah nanti, takut saya tak boleh bagi. Kalau mampu beli Axia, Axia sahajalah saya mampu tapi memandang ada kemampuan, saya nak dia seronok hidup sekarang.

“Apa yang saya buat sampai hari ini adalah untuk anak saya juga. Sejujurnya, saya gembira bila tengok dia (Ammar) gembira,” katanya lagi.

Baca juga: Kebetulan berada di lokasi kejadian, perawat kongsi situasi bantu pulihkan Amad