Siapa sahaja tidak marah jika orang yang diupah menjaga rumah dan anak-anak sanggup membawa masuk lelaki untuk melakukan maksiat.
Tidak hanya itu, malah ketika melakukan projek ada bayi yang sedang tidur diletakkan di atas lantai di ruangan antara dua ktil.
Pempengaruh media sosial yang juga doktor perubatan, Dr. Muhammad Shazril Shaharuddin, berkongsi kisah dua pembantu rumahnya yang kantoi membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah.
“Kisahnya berlaku pada 29 Julai lepas, saya ternampak ada dua lelaki di depan rumah lepas balik potong rambut, pada mulanya saya abaikan sebab ingat orang lalu lalang.
“Lepas isteri saya pergi kerja sekitar 9.20 malam, ada seorang lelaki datang menghampiri memaklumkan ada dua lelaki masuk ke rumah saya.
“Pada mulanya saya anggap tak logik sebab saya dan isteri ada di rumah tapi mula tak sedap hati dan saya gertak pembantu rumah dari Indonesia, dia maklum mereka (dua lelaki) sudah pulang”, ujarnya di Instagram.
Namun selepas melihat kamera pengawasan litar tertutup (CCTV), dia melihat sendiri pembantu rumahnya mengalihkan pemandangan CCTV ke arah lain.
Lebih mengejutkan Dr. Say Shazril memaklumkan ada pergerakan masuk namun tiada pergerakan keluar.
Ini menyebabkan dia bimbang akan keselamatan bayi yang berada bersama pembantu rumah tersebut.
Disebabkan itu dia membuat keputusan menghubungi polis kerana bimbang diserang dua lelaki dan keselamatan anaknya yang berada di situ.
“Bila buka pintu, nampak anak saya duduk dalam ‘rocker’ yang diletakkan di atas lantai dan tengah tidur di antara dua katil maid saya manakala dua lelaki tersebut berselubung di bawah selimut,” tambahnya.
Terlihat mukanya penuh kekecewaan apabila kepercayaan diberikan itu dikhianati dengan sebegitu mudahnya.
“Saya layan mereka macam manusia tapi mereka sanggup dedahkan anak saya dengan orang yang tak dikenali.
“Saya terfikir macam mana kalau anak saya menangis masa mereka tengah buat ‘projek’, takut mereka cederakan atau dibunuh anak saya tu,” ujarnya penuh kekecewaan.
Tidak menunggu lama, Dr Say mengubungi dua agensi pembantu rumah yang datang dari Indonesia dan Filipina untuk mengambil semula mereka.
Baca juga: Wanita dedah gaji sebenar ‘content creator’, buat 3 video boleh dapat bayaran RM80,000