‘Anak saya mesti berbintikan Zainal Abidin, kalau tidak…’ – Zainal Abidin

Oleh MAISARAH AISYA

Isu antara penyanyi Penyanyi Datuk Zainal Abidin dan anak perempuannya Timur Gabriel bukanlah satu perkara baharu.

Malah sudah banyak kenyataan dikeluarkan Timur mengenai hubungannya yang dilihat tidak baik bersama penyanyi lagu ‘Hijau’ itu.

Enggan mengulas lanjut, Zainal menganggap individu yang berbintikan namanya sahaja layak menjadi anaknya lapor Astro Gempak.

“Kalau saya nak jawab, saya jawab. Tapi sebenarnya, tiada apa-apa untuk dijelaskan. Dia boleh kata apa sahaja dia mahu.

“Namun bagi saya, anak saya mesti bernama ‘binti Zainal Abidin’. Kalau bukan menggunakan nama itu, maka bukanlah anak saya.

“Itu sahaja jawapan saya,” katanya seperti dipetik Gempak.

Bagaimanapun penyanyi berusia 65 tahun itu tidak menghalang Timur daripada bersuara namun bertegas untuk tidak membalas kenyataan tersebut.

Jelasnya dia hanya selesa berkongsi akan kerjaya seni dripada menyebarkan kisah peribadinya kepada umum.

“Kalau nak tanya saya percaya atau tidak pada kenyataan dia, jawapan saya, tidak. Dia ada hak untuk berkata apa dia mahu. Silakan. Tapi saya tidak akan membalas apa-apa.

“Kenapa? Sebab saya percaya, Allah lebih mengetahui. Itu pandangan peribadi saya. Saya tidak seharusnya berkongsi tentang hal itu. Saya cuma mahu berkongsi dengan anda mengenai kerjaya saya.

“Kalau anda nak tahu tentang legasi saya, album baharu, konsert saya, semua itu saya terbuka. Tapi soal ini terlalu peribadi,” jelasnya.

Baca juga: Joey rupanya pernah jadi penggali kubur, nampak 3 garis terbakar seperti disebat di dada jenazah