Bukan senang nak jumpa sahabat yang sanggup susah bersama, malah kebanyakan ditinggalkan rakan saat berada di bawah.
Umum tahu tahap kesihatan pelawak Ebby Yus tidak sebaik diharapkan namun rakan pelawak masih tetap memberi bantuan kepadanya.
Terbaru pelawak dan penyampai radio Suria FM, Ajak memilih untuk beri sumbangan kepada sahabat baiknya iaitu pelawak Ebby Yus lapor mStar.
Bukan hanya sumbangan peratus jualan setiap bulan, malah Ajak dengan senang hati memberi gajinya sebagai pemilik kerana jasa Ebby yang banyak membantunya sebagai mentor.
“Dia seorang sahabat yang cukup dekat. Saya juga anggap dia seperti seorang bapa. Dia yang banyak membantu dan memberi nasihat ketika saya mula masuk dalam industri.
“Kita juga tahu Ebby kurang sihat, jadi dengan cara ini dapat membantu dia menampung kehidupan bulanan.
“Saya serahkan gaji saya di cawangan ini serta peratusan jualan seperti yang telah ditetapkan dalam kontrak.
“Kiranya cawangan ini adalah hadiah buat dia,” katanya seperti dipetik mStar.
Jelas Ajak, Ebby banyak memberi nasihat melibatkan perniagaan malah sering hadir ke kedainya meskipun dalam keadaan yang kurang sihat.
“Masa saya nak mula perniagaan ini, dia banyak beri nasihat. Dia ajar saya cara untuk layan pelanggan.
“Antara nasihat yang diberikan ialah jangan kedekut jika ada pelanggan yang datang bersama keluarga.
“Dia juga sempat singgah di cawangan pertama sebelum ini. Walau dalam keadaan sakit, dia masih dapat luangkan masa,” ujarnya.
Baca juga: Wanita kesal suami terlalu prihatin, ‘transfer’ RM3,000 untuk janda susah di TikTok