Antara Umno dan Pas, siapa perangkap siapa?

Oleh KIM SYAZIE

Secara tersiratnya, keputusan mesyuarat MT semalam yang memutuskan Umno ingin bekerjasama dengan Pas dalam PRN Melaka adalah suatu cubaan memberi tekanan dan memerangkap parti Islam itu.

Umno pada hakikatnya tahu Pas adalah ahli gabungan PN yang dua hari sebelum itu telah bersetuju untuk berganding bersama Bersatu dan Gerakan dalam menyertai PRN Melaka.

Tidak setakat setuju bertanding dalam PRN Melaka bersama PN, malah Pas juga setuju untuk menggunakan lambang PN, bukan lambang bulan dalam pilihanraya tersebut.

Dengan keadaan itu, ternampak sangat mustahil untuk Pas keluar serta meninggalkan PN semata-mata untuk bekerjasama dan menerima huluran tangan yang dibuat oleh Umno.

Keputusan Umno mahu bekerjasama dengan Pas sahaja, bukan dengan Bersatu dan PN, tidak lebih sebagai cubaan menekan dan memerangkap Pas, sambil bertujuan memecah-belahkan PN.

Dengan keputusan tersebut, selain dapat menunjukkan UMNO memang ingin bersama dengan Pas demi perpaduan ummah, ia juga akan meletakkan Pas dalam serba-salah.

Baca Artikel Penuh