Rakyat Thailand mendapat Perdana Menteri yang baru apabila Anutin Charnvirakul yang berusia 58 tahun dipilih selepas memperoleh undi majoriti di Parlimen pada Jumaat.
Anutin yang juga merupakan Ketua Parti Bhumjaithai mendapat sokongan oleh gabungan parti pimpinannya dan parti pembangkang Parti Rakyat, menewaskan calon Parti Pheu Thai, Chaikasem Nitisiri dalam undian melibatkan 490 ahli, dengan memperoleh 311 undi berbanding 152 manakala 27 lagi berkecuali.
Keputusan itu mengukuhkan kedudukan Anutin, kerana beliau dengan mudah melepasi ambang 247 undi yang diperlukan untuk dipilih sebagai perdana menteri dan membentuk kerajaan baharu.
Proses pengundian yang bermula pada 3 petang waktu tempatan, selesai dalam tempoh sejam.
Speaker Dewan, Wan Muhamad Noor Matha akan mempersembahkan nama Anutin kepada Raja Maha Vajiralongkorn untuk mendapatkan perkenan baginda.
Pada musim memerangi Covid-19 sebelum ini, Anutin merupakan tokoh utama melawan virus itu. Pada waktu itu beliau merupakan timbalan perdana menteri serta menteri dalam negeri dan kesihatan.
baca: Anwar & TPM Thailand