Anwar dan Putin ketawa besar, “Saya hanya ada seorang isteri”

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sidang khas antara Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar dan Presiden Russia, Putin semalam menjadi bualan hangat dikalangan warganet seluruh dunia apabila dilihat sangat mesra.

Dalam satu video yang tular, Putin dilihat bergurau dengan Anwar berkenaan dengan isteri kedua Perdana Menteri Malaysia. “Perdana Menteri Malaysia kata dia ada 3 ‘thrones’ dan saya tanya siapa ‘throne’ yang ketiga, dia kata isteri kedua”, katanya bergurau.

“Dia menunjukkan budaya islam yang sebenar dan perkongsian maklumat sebegini amat bermakna bagi kita berdua”, katanya sambil disambut gelak ketawa seluruh dewan.

Anwar dengan pantasnya terus memberi respon, “Saya harus memberi respon segera, saya hanya ada satu isteri sahaja”, katanya sambil dilihat kedua-dua pemimpin itu ketawa besar.

Potongan video itu menjadi bualan hangat di kalangan warganet di ruangan komen yang memuji cara Anwar membina hubungan dengan pemimpin utama dunia itu.

“Jaran tengok Putin bergurau macam ni dengan pemimpin dunia”, kata seorang warganet.

“macam tu je Anwar ajak Putin melawak”, respon seorang lagi.

“namakan aku seorang pemimpin malaysia yang boleh ganti kualiti pemimpin macam PMX sekarang..tak ada”, kata warganet.

Anwar sekarang mengetuai delegasi rasmi ke Rusia selama empat hari mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Putin serta Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin bagi memperkukuh kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik.

Beliau turut bertemu beberapa pemimpin industri utama Rusia bagi menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan berada di Moscow sehingga Jumaat sebelum meneruskan perjalanan ke Kazan bagi menghadiri Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Russia–Islamic World dan KazanForum.

baca: anwar-3