Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai dalam satu rumah terutama semasa musim perayaan pastinya akan mengalami masalah tandas berbau.
Bukan senang nak basuh ketika ramai ada dalam rumah apatah lagi jika hanya ada satu sahaja tandas.
Ikuti perkongsian halaman Facebook ‘Kata Viral’ tentang cara membuat Do It Yourself (DIY) pewangi tandas.
Semburan DIY penghilang bau tandas
Bahan-bahan:
- 2 biji lemon
- 5-10 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu cecair vanila
- 1 cawan air
Cara-cara:
1. Sediakan lemon
Hiriskan lemon secara nipis. Memandangkan ia bebas racun perosak, ia lebih berkesan untuk menghilangkan bau.
2. Infusi cengkih
Didihkan bunga cengkih dalam periuk kecil bersama air selama kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan minyak pati.
3. Gabungkan bahan-bahan
Tambahkan hirisan lemon dan vanila ke dalam infusi cengkih. Biarkan campuran tersebut selama 10 minit untuk menyatu sepenuhnya.
4. Tapis dan simpan
Tapis cengkih dan hirisan lemon, kemudian tuangkan cecair ke dalam botol semburan.
5. Gunakan di bilik air
Semburkan di sekitar tandas, dinding, dan kawasan di mana bau air kencing paling kuat. Anda juga boleh menggunakannya untuk membersihkan lantai bilik air.
Semburan ini akan menghilangkan bau air kencing dan meninggalkan wangian semula jadi yang segar.
Baca juga: Wanita ngeri lihat anak sunat tradisional tahan sakit, pesan ibu bapa bawa berkhatan cara moden