Pelakon, Datin Atikah Suhaime tampil mendedahkan karekter sebenar rakan artis iaitu Datin Intan Najuwa selepas mereka berdua ‘rancak’ dibanding-bandingkan oleh orang ramai di platform media sosial.
Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, Intan ataupun nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid adalah seorang insan yang permurah, merendah diri dan baik hati terutamanya jika dikenali dengan lebih rapat.
Perkara itu didedahkah oleh Atikah menerusi ruangan komen hantaran video di akaun TikTok miliknya ketika memberi maklum balas kepada salah seorang pengguna media sosial yang membandingkan mereka berdua.
Kurang senang dengan komen seperti itu, Atikah turut meminta orang ramai untuk tidak membanding-bandingkan mereka yang sama-sama bergelar Datin selepas berumah tangga dengan ahli perniagaan berstatus Datuk.
“Janganlah banding-bandingkan. Intan orangnya baik hati dan sangat rendah diri terutamanya jika anda betul-betul mengenali dia. Intan juga selalu belanja orang dekat set kalau ada penggambaran dengan dia,” kongsi Atika.
Dalam perkongsian sama, Atikah juga mengakui bahawa dirinya dan Intan datang daripada latar belakang cukup berbeza sebelum bergelar Datin yang menyebabkan pembawakan mereka cukup berlainan di mata netizen.
Jelas pelakon kelahiran Singapura itu lagi, setiap individu memiliki tafsiran sendiri mengenai kebahagiaan hidup dan orang ramai tidak sepatutnya membandingkan seseorang daripada pandangan luaran semata-mata.
“Intan memang sudah kaya sebelum berjumpa dengan suami dia lagi. Atika pula baru tiba-tiba nak merasa kaya sejak kahwin dengan suami. Cara kita agak berbeza dari segi bahagiakan diri sendiri. Jadi tak perlu bandingkan.” Ujarnya.
Baca juga: Tak menunjuk walaupun ada gelaran datin, Atikah Suhaime cuma mahu kongsi rezeki