Atok tua umur 91 tahun berjaya habiskan marathon 10KM bawah 2 jam

Oleh ROSLAN ZAMAN

Acara larian di malaysia kini sudah ‘trending’ di mana-mana tempat penganjurannya. Setiap acara pasti akan mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Kebiasaannya setiap acara larian yang dipanggil ‘marathon’ ini akan disertai oleh pelbagai peringkat umur samaada yang muda ataupun tua. Namun jarang dapat dilihat orang tua yang sudahpun berumur 80 tahun ke atas menyertai acara marathon ini.

Di tiktok, tular seorang pakcik tua yang sudah pun berumur 91 tahun berjaya menghabiskan larian sepanjang 10 kilometer dalam masa 1 jam 46 minit sahaja.

Peserta yang dikenali sebagai Ong Kim Hwa telah mengambil bahagian dalam larian jarak 10 kilometer (km) dengan masa maksimum diperuntukkan (cut-off time) selama dua jam.

Rata-rata yang melihat Uncle Ong berjaya menghabiskan lariannya itu ternyata berasa kagum dengan pencapaiannya di umur sebegitu.

Video yang sudah pun mencapai tontonan 445.3K berdurasi 22 saat itu menunjukkan riak wajah Uncle Ong sangat gembira dengan pencapaiannya yang membanggakan. Beliau siap tunjuk tanda ‘peace’ ketika dirakam dan beberapa individu dilihat sempat berjabat tangan dengannya.

@serembanpage Uncle Ong Kim Hwa, umur 91 tahun, berasal dari Seremban berjaya menamatkan larian 10km di acara PJ Half Marathon 2025 dalam masa 1 jam & 46min dan beliau sudah pun bermula membuat perancangan untuk menyertai acara larian yang seterusnya di Kepong. #Tahniah Uncle Ong ‼️ 记者关心地问阿公是否觉得辛苦,阿公连声说“不会”、“很好很好”,声音洪亮有力,脚步稳健不曾停歇,展现91岁高龄过人的体力。 #星洲日报 #sinchew 2025 PJ Half Marathon, the 91 years old, Uncle Ong Kim Hwa from Seremban successfully crossed the finish line in 1 hour & 46 mins in the Men's 10km category and he's already looking forward to the next race in Kepong! #Congratulations #PJHALFMARATHON2025 ♬ original sound – serembanpage

Di ruangan kapsyen video, Uncle Ong dikatakan sudah membuat perancangan untuk menyertai acara larian yang seterusnya iaitu di Kepong, Kuala Lumpur.