Ayah mengadu susah nak pergi surau, Zizan buat kejutan, hadiahkan motosikal untuk mudahkan urusan

Oleh MAISARAH AISYA

Ini adalah antara sebab kenapa anak-anak mahu mempunyai rezeki lebih agar boleh menunaikan apa sahaja permintaan ibu bapa.

Ada banyak ibu bapa walaupun anak mereka berkemampuan, mereka sebolehnya tidak mahu meminta pertolongan untuk tak menyusahkan anak-anak.

Samalah seperti bapa kepada pelawak Zizan Razak, Razak Hudsain yang hanya sekadar meluah perasaan mengenai kesukaran untuk pergi ke surau kerana motosikal rosak.

“Abah cakap dia nak motosikal nak bawa pergi surau. Tapi Zizan buat buat tak dengar sebab nak bagi kejutan dekat dia.

“Layan video ni tengok Abah Zizan teruja,” katanya di ruangan kapsyen video yang dimuat naik di TikTok.

Zizan pada mulanya memaklumkan ayahnya untuk singgah sebentar di kedai motosikal untuk membeli satu buat rakan sekolah.

Namun apabila mereka semua turun, Zizan memaklumkan motosikal jenis Honda berwarna hitam adalah hadiah buat bapanya.

Bagi Zizan dia merasa seronok dapat menghadiahkan ia buat bapanya apatah lagi mengenangkan segala permintaan dia dan abangnya semasa kecil sering ditunaikan.

“Saya rasa seronok sebab dulu masa kecil dia layan saya dan abang.

“Jadi hari ini saya layankan dia pula, kereta pun banyak dah, tapi motor juga dia mahu, kita bagi sahajalah,” tambahnya.

Rata-rata netizen meluahkan bahawa mereka juga diberi kesempatan, ingin menunaikan segala permintaan ibu bapa juga.

https://www.tiktok.com/@zizanrazak869/video/7402242230322334984?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7193687341080643074

“Aku bangga dengan Zizan, aku pun dah lama berazam kalau banyak duit aku nak bagi mak bapa aku bangga dengan aku, nak nak apa semua aku beli.

“Ada sebab kenapa Tuhan taak bagi Zizan jodoh lagi. Sebab nak dia berbakti sepuasnya kepada mak ayah dia dulu. Terbaik Zizan,” antara komen netizen.

Baca juga: Anggap dah sampai masa, Raja Azura pilih bertudung lepas balik haji