Menantu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang disiasat kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing dipercayai berada di sebuah negara Timur Tengah.
Perkara itu dimaklumkan sediri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki seperti dilaporkan oleh Sinar harian.
Menurut Azam, negara itu tidak dapat didedahkan buat masa ini.
“Negara itu tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.
“Usaha mengesan beliau (Adlan) masih dijalankan dan kita (SPRM) sudah membuat satu tindakan semalam dan berharap Kementerian Dalam Negeri akan bersetuju permohonan membatalkan pasportnya.”
Azam juga menambah akan berbincang dengan negara terbabit bagi usaha membawa pulang menantu bekas perdana menteri itu..