Bagi alasan kakak bayar bila sampai destinasi, lelaki sanggup lompat keluar lepas nampak balai polis

Oleh MAISARAH AISYA

Pelbagai taktik dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.

Tular video di media sosial mengenai seorang lelaki yang dilihat terjun dari kenderaan bergerak selapas dibawa pemandu e-hailing ke balai polis.

Seorang pengguna Facebook, Ahmad Azahari memuat naik hantaran mengenai lelaki yang tular itu di laman ‘Komuniti Airasia Ride & Grab malaysia’.

Ahmad meminta semua pemandu aplikasi InDrive untuk berjga-jaga jika berjumpa dengan elaki yang didakwa dari Sabah.

“Hari ni aku dapat seorang penumpang lelaki Sabah dari bukit tinggi Klang nak ke RHB bank bandar baru sungai buloh.

“Sebelum ni aku dah dapat penumpang ni melalui aplikasi Grab, bila sampai RHB bank bandar baru sungai buloh dia terus cabut lari dan tidak bayar, report grab dapat refund semula.

“Hari ni dia pesan melalui indrive mungkin Grab apps dah kena sekat kot, dari awal lagi aku dah syak penumpang yang sama menipu aku dulu,” ujarnya.

Disebabkan itu, Ahmad nekad untuk turunkan tempat duduk penumpang supaya dapat merakam penuh wajah pemuda tersebut.

Tambahnya, oenumpang tersebut juga ingin meminjam RM100 dan Ahmad bertindak dengan membawanya ke balai polis terdekat.

“Di awal perjalanan penumpang ni nak pinjam duit RM100 dan bila dah sampai kat RHB bank bandar baru sungai buloh kakaknya akan bayar penuh termasuk tol.

“Aku ok kan je dan dalam pemikiran… aku nak bawa dia ni ke balai polis. Jadi balai polis yang berdekatan Pandamaran.

“Baru je nak masuk ke dalam balai polis dia dah terjun. Niat aku cuma nak tangkap penipu ni sebab dulu dah kena dengan Grab,” tambahnya.

Ini mungkin adalah taktik terbaru untuk mencuri duit sebelum melarikan diri tanpa membuat pembayaran.

Baca juga: Geli hati tengok 53 senarai nama sekolah paling pelik dekat Malaysia