Geli hati tengok 53 senarai nama sekolah paling pelik dekat Malaysia

Oleh KIM SYAZIE

Kebiasaannya sekolah-sekolah di Malaysia dinamakan sempena nama daerah sesebuah negeri, nama berdekatan dengan taman perumahan, atau bersempena nama-nama tokoh.

Bagaimanapun ada beberapa nama sekolah di negara ini kedengaran agak pelik – kemungkinan faktor sejarah terdahulu di tempat itu seperti sekolah akhir zaman, sekolah temu jodoh dan sekolah monopod.

Nama-nama ini boleh dianggap biasa jika ia terletak di Sabah atau Sarawak, namun kebanyakan sekolah dengan nama pelik ini adalah sekolah yang terletak di Semenanjung.

Kami kongsikan senarai nama sekolah yang pelik dan dianggap unik. Penulis percaya setiap nama yang diberikan pasti mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang masih belum dirungkaikan untuk tatapan umum.

  1. SMK Bahasa Malaysia, Saratok Sarawak
  2. SK Sama Gagah Pulau Pinang
  1. SK Jerek, Kelantan
  2. Sekolah Batu Lesung Melaka
  3. SK Gunung Panjang
  4. SK Pinangkau, Beluran
  5. SK Seri Penang Hati, Kampung Parit Puteri Menangis
  6. SK Seri Sabak Uni
  7. SMK Kangkong
  8. SK Desa Temu Jodoh, Johor
  9. SK Monopod, Beluran
  10. SK Pos Brooke
  11. SK Lumba Kuda, Kuching
  12. SK Sungai Sunyi
  13. SK Sri Bunian, Pontian
  14. SK Belokok
  15. SK Bonggol
  16. SMK Lunuk Janda, Janda Baik
  17. SK Seri Siakap
  18. SK Batang Benar
  19. SMK Wakuba, Tawau
  20. SK Kurong Hitam, Kuala Nerang, Kedah
  21. SK Biawak
  22. SMK Bundu Tuhan, Ranau
  23. SMK Pinggan-Pinggan Kota Marudu
  24. SK Kampong Pek
  25. SK Tundun Bau Hangin
  26. SK Charuk Puting
  27. SK Terongkongan
  28. SK Oh, Jerteh
  29. SMK Bawang Assan
  30. SK Rumah Undi
  31. SK Lubang Buaya
  32. SK Suka Menanti
  33. SK Baru Jumpa, Tenom
  34. SK Buang Sayang
  35. SK Nasib Baik, Johor
  36. SK Cikgu Mior Shaharuddin, Kg Padang Penggal Perak
  37. SK Permatang Kerat Telunjuk
  38. SK Dato Akhir Zaman, Negeri Sembilan
  39. SK Morni Pok, Gelang Patah
  40. SK Pantai Boring
  41. SK Jalan Sekerat
  42. SK Mambang Pekan Pahang
  43. SK Bongek Rembau
  44. SK Bukit Anak Dara
  45. SK Pak Pura
  46. SK Budu, Lipis Pahang
  47. SK Asam Pedas
  48. SK Gas
  49. SK Pulau Shanghai, Sandakan
  50. SMK Bum Bum Semporna
  51. SK Paris 3

Di sebalik nama-nama sekolah yang pelik pasti ada kisah menarik sebelum sesebuah sekolah itu diberikan nama sedemikian.

Namun nama sesebuah sekolah itu tidaklah menggambarkan bagaimana pelajar di sekolah tersebut.

Sebagai masyarakat luar, kita hanya sekadar boleh mendoakan supaya sesebuah institusi pendidikan ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan dapat berbakti dan salah seorang penyumbang kepada negara Malaysia suatu hari nanti. Itulah yang sepatutnya kita doakan.

Baca juga: Terkejut bayi hilang pukul 6 pagi, lelaki tak sangka rupanya anak kena jual, paling terkejut lepas tahu kerja siapa