Bagi rating 1 bintang sebab kedai tak terima tunai, ramai pula setuju dengan pelanggan ni

Oleh MALAYSIADATELINE

Penggunaan sistem tanpa tunai (cashless) di kedai makan semakin meluas kerana ia menawarkan kemudahan dan kecekapan kepada pelanggan dan peniaga.

Namun ia bergantung sepenuhnya kepada sambungan internet dan peranti elektronik, kalau sistem ada masalah maka ramai tidak boleh menggunakan perbankan dalam talian.

Ditambah pula ia menimbulkan masalah buat mereka yang tidak pandai teknologi terutamana di bahagian luar bandar dan warga emas.

Tular di Threads, seorang pengguna memuat naik tangkap layar ulasan pelanggan yang memberikan kedai ini satu bintang kerana tidak boleh menggunakan wang tunai.

“Tidak lagi. Perniagaan ini ialah perniagaan tanpa tunai. Wang tunai masih sah digunakan di Malaysia dan anda sepatutnya menerima ia.

“Saya tidak menyokong perniagaan tanpa tunai. Oh ya, saya baru perasan anda (kedai) telah caj bil yang salah,” ujar pelanggan yang memberikan satu bintang.

Rata-rata netizen bersetuju dengan alasan diberikan pelanggan tersebut kerana wang tunai masih boleh digunakan.

“Ya sepatutnya wang tunai mesti diterima sebab wang tunai sah diperlakukan dalam transaksi jual beli.

“Ada tulis dekat luar pintu ‘no cash accepted’ ke? Masa pelanggan nak buat pesanan ada ingatkan tak tiada wang tunai boleh digunakan, kalau pelanggan tahu maka salah mereka untuk tinggalkan ulasan ini,” antara komen pengguna Thread.

Ada juga pelanggan yang berkongsi bagaimana ia boleh menjadi isu kepada warga emas yang mahu membeli makanan atau minuman di kedai tersebut.

Bukan semua pandai menggunakan teknologi malah ada yang hanya mempunyai wang tunai kerana duit dalam bank perlu digunakan untuk keperluan lain.

Baca juga: Sumbangan dalam dunia seni diiktiraf, Rita Rudaini terima pingat darjah kebesaran Perlis