Berbaki 31 hari lagi sebelum Malaysia menghantar atlet untuk menyertai Olimpik yang hanya berlaku sekali dalam tempoh masa empat tahun.
Olimpik tahun ini bakal diadakan di Paris dan rata-rata teruja mahu melihat atlet mengharumkan nama negara di sukan tersebut.
Melihat kepada design baju sebelum ini, pastinya ramai ingat akan corak harimau dengan warna yang begitu menaikkan semangat.
Namun kali ini design baju buat para atlet dilihat sekadar melepaskan batuk di tangga, kelihatan sangat biasa dan tidak mengagumkan.
Apatah lagi melihat baju atlet dari negara lain yang sudah terlihat seperti pertunjukan fesyen dengan design dan warna yang menarik perhatian ramai.
Lebih menyedihkan jawapan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib adalah kerana ia ihsan daripada penaja.
“Sebenarnya kita tertakluk kepada apa yang penaja boleh berikan dalam keadaan pengehadan tertentu dan ia (juga) bergantung dengan bajet.
“Kalau nak terbaik atau premium, itu menjadi faktor kos kepada penaja jadi ia perlu dipertimbangkan.
“Ini bukan peruntukan daripada kerajaan atau wang daripada siapa-siapa, tetapi ihsan daripada penaja,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati akan kualiti baju yang dikeluarkan malah ramai mengecam kerana sanggup membiarkan atlet menyarungkan baju tersebut.
“Macam pelik sangat sebab macam ada kelalaian semasa buat rekaan tersebut. Tolonglah kata in hanya gimik.
“Kalau tak ada bajet sangat nak tukar design last minit pun mohon tukar warna bendera asal balik. Nak gold medal olimpik tapi isu baju rasmi atlet pun ambil mudah.
“Baju atlet negara lain macam ‘fashion show’, siap guna atlet lagi, Malaysia guna patung sahaja nak tunjuk design,” antara komen netizen.
Baca juga: Rizman Ruzaini mendunia lagi, kali ini busana digayakan Lady Gaga di Las Vegas