Bangunan tertinggi dunia Burj Khalifa ada 3 waktu berbuka yang berbeza mengikut ketinggian

Oleh KIM SYAZIE

Tahukah anda, bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa adalah sebuah bangunan yang mempunyai 3 tempoh berpuasa, sekaligus menyebabkan adanya 3 waktu berbuka berbeza yang telah difatwakan oleh mufti bagi bandar Dubai.

Perbezaan tempoh berpuasa ini adalah disebabkan oleh ketinggian bangunan Burj Khalifa itu sendiri yang berketinggian 829.8 meter dan mempunyai 162 tingkat. Hampir dua kali ganda ketinggian Menara Berkembar Petronas.

Hal ini terjadi kerana mereka yang berada pada altitud yang tinggi akan dapat melihat metahari terbit lebih awal dan terbenam lebih lambat berbanding mereka yang berada di permukaan bumi.

Oleh kerana tempoh ibadah puasa adalah dari terbitnya fajar saddiq sehingga terbenamnya matahari, maka semakin tinggi anda menghuni bangunan Burj Khalifa, semakin lama tempoh anda berpuasa.

Penghuni bagi tingkat 80 dan kebawah akan berpuasa dan berbuka mengikut waktu berbuka puasa yang sama dengan mereka di kawasan sekitar.

Namun penghuni bagi tingkat 80 hingga tingkat 149 perlu menunggu tambahan 2 minit masa untuk berbuka puasa.

Walaupun hanya terdapat ruang korporat, mereka yang berada pada tingkat 150 ke atas harus menunggu tambahan 3 minit dari waktu berbuka puasa di permukaan tanah.

Perkara yang sama juga sebenarnya berlaku di Malaysia, iaitu di Gunung Kinabalu.

Walaupun Gunung Kinabalu terletak dalam daerah Ranau, tetapi waktu solat dan waktu berbuka puasa bagi Gunung Kinabalu di letakkan dalam zon berlainan.

Jika anda semak waktu solat negeri Sabah bagi kawasan Gunung Kinabalu (Zon 6) dan daerah Ranau (Zon 7), anda akan dapati waktu imsak bagi Gunung Kinabalu tiba lebih awal namun waktu berbuka lebih lambat.

Artikel asal: Facebook The Patriot

Baca juga: Fathia akhirnya dedah sebab wajahnya berubah