Banjir di Johor bertambah buruk, jumlah mangsa di PPS meningkat 42,704

Oleh MALAYSIADATELINE

Keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 46,683 orang setakat malam ini berbanding 40,854 orang, petang tadi.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 42,704 orang diikuti Pahang (2,860), Negeri Sembilan (613), Melaka (448) dan Selangor (58).

Di JOHOR, daerah Kulai kembali banjir menjadikan kesemua 10 daerah di negeri itu terjejas akibat bencana itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) merekodkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 42,704 orang setakat 8 malam ini berbanding 37,258 orang yang direkodkan setakat 2 petang tadi.

Menurut JPBN, Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 13,292 orang daripada 3,888 keluarga.

Ia diikuti Batu Pahat dengan 12,286 orang daripada 3,558 keluarga; Kluang (5,292 orang, 1,543 keluarga); Muar (3,862 orang, 1,140 keluarga) dan Kota Tinggi (3,257 orang, 873 keluarga).

Baca Artikel Penuh