Banjir termenung di Batu Pahat, mungkin ambil masa hingga sebulan untuk surut

Oleh MALAYSIADATELINE

Banjir di daerah Batu Pahat dijangkakan surut dalam tempoh dua minggu atau sebulan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor K Raven Kumar.

Beliau berkata perkara tersebut bergantung kepada keadaan cuaca dan tindakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor yang telah menempatkan pam air di beberapa lokasi sekitar Batu Pahat sejak beberapa hari lepas.

“Ujian yang kita hadapi sejak 1 Mac lepas ialah air banjir tinggi dan kini air sedang mengalir keluar…kita menjangkakan dua minggu atau sebulan akan surut kerana keadaan air banjir termenung, jadi kita kena pam keluar (air).

“Sebanyak 21 pam lagi akan dibawa dari semua negeri ke Batu Pahat, tetapi (untuk memasang) pam air ini kita mesti melihat air sungai tidak melepasi paras tebing,” katanya kepada Bernama selepas meninjau operasi pam air tambahan yang dipasang di Pintu Air Kuala Senggarang di sini hari ini.

Menurutnya situasi banjir di Johor seperti di Segamat menujukkan penurunan bilangan mangsa, namun di daerah Batu Pahat menyaksikan trend yang statik dan peningkatan susulan air banjir termenung serta air melimpah ke kawasan rendah.

Raven Kumar berkata beberapa lokasi di Johor yang sebelum ini mengalami banjir seperti di Segamat sudah memasuki fasa pascabanjir dan kerja pembersihan sudah dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan.

Baca Artikel Penuh