Bantal penuh ‘peta’? Ini cara mudah nak bersihkan ia!

Oleh MAISARAH AISYA

Bantal bila lama digunakan pastinya akan bertukar warna terutama bahagian yang terkena air liur.

Pastinya bukan selalu ia dibasuh, kebanyakan hanya akan rendam dalam air sabun dan terus jemur sahaja di ampaian.

Ikuti perkongsian Facebook Kata Viral tentang cara mudah nak tukar bantal yang penuh ‘peta’ hingga kelihatan seperti baru semula.

Tip menghilangkan kulat pada bantal

Cara ini boleh digunakan untuk membuang kulat pada bantal dan juga pada baju di rumah.

Bahan-bahan:

  • Air panas 2 gayung
  • Garam dapur satu genggam
  • Cuka dapur 2 sudu besar
  • Soda bikarbonat 2 sudu besar
  • Sabun pencuci pinggan secukupnya

Cara-cara:

  1. Tuangkan air panas ke dalam baldi, kemudian masukkan semua bahan.
  2. Rendam bantal yang berkulat ke dalam campuran tersebut. Tekan-tekan supaya semua permukaan terendam air.
  3. Biarkan selama 1 jam, kemudian angkat.
  4. Periksa sama ada kulat masih ada. Jika kulat masih kelihatan, taburkan soda bikarbonat dan cuka, kemudian gosok hingga bersih.

Tip ini juga boleh digunakan untuk pakaian berwarna kerana bahan yang digunakan hanyalah bahan dapur dan bebas daripada peluntur.

Mudahkan? Nanti kalau anak beranak balik raya tak adalah bau masam dan bantal pun nampak lebih bersih!

Baca juga: Ibu jual semua barang kemas demi selamatkan Eda Ezrin, pindah Thailand buka kedai makan