Bila berkunjung ke Watson atau Gurdian, anda pasti sedar bahawa semua produk daripda alat solek hingga ke vitamin ada sealed atau diletak pita pelekat.
Ini adalah untuk membanteras kegiatan mencuri di kalangan pembeli yang sanggup membuka kotak untuk mengambil produk.
Seorang pemilik kedai dan pempengaruh media sosial, Rozyana Roslan kecewa apabila melihat banyak kotak yang dikoyakkan walaupun sudah ada kawasan untuk barang tester.
“Nak nangis, kenapa korang (anda) buat macam ni? Jika nak guna tester, boleh tanya kakitangan saya.
“Kalau tak ada tester, tu tandanya barang tu telah “di ambil” orang atau dah habis. Bila dah habis, kami akan buka sebulan sekali sahaja,” tulisnya di ruangan kapsyen TikTok.
Walaupun barang tersebut sudah diletak pita pelekat, masih ada cubaan untuk koyakkan kotak hingga akhirnya menjadi barang ‘defect’.
Bekas pekerja Watson juga tampil berkongsi mengenai kerenah pelanggan yang mencuri barangan di kedai tersebut.
“Masa kerja watson dulu lagi dahsyat. Ada pelanggan buka kotak ambil isi dalam. Ditinggalkannya kotak kosong lepas itu susun belakang,” komen @Atiqa mohd_.
“Walaupun ada tester dekat Watson pun mereka buka yang baru. Bukan sebab tu je tape (letak pita pelekat) barang tapi sebab kadang kotaknya ada tapi barang hilang,” tambah @Miss.mel.
Baca juga: ‘Rider’ baling barang dalam rumah tak berpenghuni, boleh pula suruh pelanggan panjat ambil sendiri