Meskipun diboikot ramai dan mempunyai masalah dengan pekerja, itu tidak menghalang syarikat rangkaian kedai kopi popular, Starbucks Corp untuk membayar orang atasan dengan gaji lumayan.
Umum tahu pekerja Starbucks sedang memohon agar gaji minimum dinaikkan sehingga kebanyakan barista melakukan protes.
Namun itu tidak menghalang syarikat itu untuk membayar AS$96 juta (RM420.2 juta) kepada CEO baharu, Brian Niccol selepas empat bulan bertugas pada 2024.
Ini menjadikan ia pakej pampasan terbesar dalam sektor korporat di Amerika Syarikat lapor Kosmo! Online.
Menurut pemfailan pada 24 Januari lalu, hampir 94 peratus pendapatan Niccol bersama Starbucks datang daripada anugerah saham dan lain-lain
Ceo sebelum ini dipecat selepas mencatatkan penurunan jualan, menyebabkan Niccol mengambil alih tugas tersebut pada September 2024.
Bukan hanya itu, Niccol yang direkrut daripada Chipotle Mexican Grill juga menerima bonus AS$5 juta (RM21.8 juta) sempena sebulan bersama syarikat itu.
Malah syarikat rangkain kopi itu juga menampung kos perumahan sementara Niccol seerta penggunaan jet syarikat
Starbucks juga bersetuju untuk menampung kos perumahan sementara Niccol serta AS$72,000 (RM312,216) untuk penerbangan ulang alik antara rumahnya di selatan California dan Seattle.
Baca juga: Staf butik jenama Jepun terkenal dedah sisi gelap, “dah macam pengemis minta MC..”