Baru tahu beza istilah rogol dan amang seksual

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pada minggu yang lepas, seorang penyanyi terkenal berumur 27 tahun ditahan oleh pihak polis kerana didakwa melakukan amang seksual terhadap wanita bawah umur berusia 17 tahun.

Siasatan polis terhadap pelakon dan penyanyi terkenal yang ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan ketika kali pertama mereka berjumpa di sebuah hotel.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan mendapati suspek dan mangsa yang juga merupakan seorang pelajar, dipercayai berkenalan sejak dua bulan lalu.

Namun, ramai yang keliru dengan penggunaan istilah amang seksual yang digunakan oleh undang-undang negara. Kenapa tidak guna istilah rogol?

Seorang lelaki berkongsi pencerahaan yang menjadi persoalan yang bermain di minda rakyat Malaysia berkenaan hal ini.

Tulisan yang dikongsikan oleh Mufarwa Farid di facebook ini mendapat ratusan ‘like’.

1. Berkait kes artis ditahan ke atas kes amang bawah umur, ada beberapa persoalan perlu dijawab.

2. Budak tu umur 17 tahun. Tapi bukankah kesalahan sksual sepatutnya 16 tahun ke bawah?

3. Jawapannya, umur 16 tahun ke bawah itu hanya untok kes rogol. Suka sama suka atau paksa, jika ada kemasukan zakar terhadap perempuan berusia 16 tahun ke bawah, maka terus dipanggil sebagai rogol.

4. Kes yang dihadapi artis ini adalah kes amang seksual. Amang seksual ini tidak ada kemasukan zakar, tetapi raba, pegang dan melakukan perbuatan seksual tanpa kemasukan.

5. Beza amang seksual dengan rogol bawah umur:

– Rogol memerlukan kemasukan zakar. Amang seksual tidak. Asalkan ada tindakan ke arah seksual sama ada fizikal atau tidak, maka ia dipanggil amang seksual.

– Hubungan suka sama suka bersama 16 tahun ke bawah dipanggil rogol. Sedangkan amang seksual adalah hubungan bersama 18 tahun ke bawah.

– Rogol hanya dibuat oleh lelaki terhadap perempuan sahaja. Amang seksual tidak kira jantina, asalkan pelaku itu dewasa, dan mangsa itu kanak-kanak.

– Rogol adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Amang seksual di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

6. Antara persamaan kedua-dua jenayah ini:

– Kedua-duanya boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

– Kedua-duanya tidak perlu ‘paksaan’ jika melibatkan kanak-kanak. Maknanya, jika suka sama suka pun, pelaku masih boleh didapati bersalah.

7. Ada satu lagi persoalan adalah, kenapa sehingga sekarang media tak siarkan identiti suspek tersebut?

8. Kerana kes masih di peringkat siasatan. Kebiasaannya, kes di peringkat siasatan polis media tidak siarkan identiti.

9. Hanya apabila suspek dituduh di Mahkamah, barulah identiti disiarkan. Walaupun secara peribadi, saya pun tak setuju, kerana mereka baru dituduh, dan belum didapati bersalah.

10. Sangat jarang media dan pihak polis akan siarkan identiti suspek. Melainkan kes-kes melibatkan keselamatan negara dan kes wanted tak jumpa, jika kes masih di peringkat siasatan polis, maka identiti disenyapkan.

11. Maka bagi isu ini, tidak ada istilah ‘rakyat marhaen senang je papar muka, kalau artis, VIP, tak papar muka’.

12. Artis je pun. Dia hanya terkenal, bukannya berkuasa.

baca: Bebas tuduhan rogol Da’i Syed bersyukur berterima kasih kepada keluarga, sahabat