Batal Proklamasi Darurat untuk PRN Sarawak, GPS takut undi 18

Oleh KIM SYAZIE

Bila Proklamasi Darurat dibatalkan, ia bermankan Pilihan raya wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Begitu terdesaknya BN, Ya walaupun sekarang dikenali dengan nama GPS, ia tetap BN.

Bayangkan, kemasukan di hospital hatta kematian akibat Covid-19 di Sarawak catatkan kes tertinggi hingga mengorbankan nyawa Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing. Itu sebab Sarawak galak segerakan dos penggalak.

Baru aku menulis kelmarin tentang data Covid-19 di Sarawak dan aku katakan mereka terdesak untuk adakan pilihan raya.

Harus diingat, bukan hanya Melaka dan Sarawak. Sepertinya PRU15 pun mahu diadakan segera. Ada yang terdesak untuk bebas dari penjara.

Biarpun Covid-19 telah mengorbankan TKM mereka, mereka terdesak untuk elakkan undi 18 tahun yang dijadualkan dilaksanakan awal tahun hadapan.

Memang di Sarawak anak muda mereka cukup vokal menolak GPS dan BN. Apapun aku rasakan ada dan besar hikmahnya jika ikut trend di Israel, UK dan Singapura.

Malaysia pun akan ada lonjakan kes. Ia bermakna selepas PRN Melaka dan Sarawak kemungkinan kita akan hadapi gelombang seterusnya. Allah adalah sebaik perancang.

Masa tu jika PM yang ada sekarang ini mahu bubarkan Parlimen pun mungkin tak dapat dilaksanakan. Masa tu aku ramalkan PM hari ini akan tumbang, PRU tak dapat dilaksanakan.