Bila bab jamuan makan, pastinya kita akan fikirkan suasana meriah dengan makanan yang banyak di meja.
Namun tak semua berkemampuan untuk membawa makanan mewah, ada yang sekadar mampu membawa biskut sahaja.
Menerusi hantaran Facebook, Muhammad Ali dia berkongsi mengenai kisah pelajarnya.
“Tiba-tiba masa dah habis jamuan laju sahaja Adam (bukan nama sebenar) pergi ambil bekas yang dibawa.
“Kemudian ada pelajar perempuan bangun dan memaklumkan bahawa tiada pelajar lain yang menyentuh makanan Adam.
“Bila ditanya mengenai hal itu, murid lain menjawab sebab dia kotor, muka tak mandi,” katanya.
Mendengar itu, Adam mula menangis menyatakan tiada siapa menyentuh makannya kerana dia miskin.
Cikgunya itu terus makan biskut kering untuk menjaga hati sambil mengingatkan murid lain mengenai makanan itu rezeki dan jangan hina orang tak mampu.
“Bila saya mula makan maka berebutlah murid lain, akhirnya habis makanan Adam,” ujarnya.
Hargailah pemberian orang walaupun sekadar biskut kering, mungkin hanya itu yang mereka mampu.