Hidayah Allah ini tidak mengenal agama mahupun warna kulit, mereka yang bertuah akan dapat petunjuk melalui pelbagai cara.
Buat bekas paderi ini dari Afrika Selatan, Ibrahim Richmond baru sahaja memeluk Islam dua bulan lepas selepas mendapat hidayah melalui mimpi.
Bukan setakat dirinya, dia juga mengajak pengikutnya untuk memeluk Islam bersama dan kini sedang menunaikan Haji selepas menjadi tetamu Program Haji Raja Salman.
15 tahun jadi paderi
Ibrahim Richmond sudah menjadi paderi selama 15 tahun di sebuah gereja sebelum mendapat hidayah dan memeluk Islam.
Sebagai pemimpin paderi di gereja Corinthian Afrika Selatan, beliau memegang tanggungjawab besar dalam membimbing pengikut yang mencecah 100,000 orang.
Hinggalah satu hari itu ketika beliau sedang tidur di bilik kecil di gereja, Ibrahim telah didatangi satu suara di dalam tidurnya.
Ibrahim telah bermimpi suara tersebut memberi arahan supaya beliau mengarahkan ribuan pengikutnya memakai pakaian putih apabila hadir di gereja.
Namun, seperti yang lain, beliau mengabaikan mimpi itu kerana berfikir ia hanyalah mainan tidur.
Walaupun beliau berusaha untuk mengabaikan mimpi itu, namun suara itu kembali lagi semasa beliau lena dibuai mimpi.
Mimpi itu datang berulang kali sehingga ada satu masa ia menjadi agresif, meminta Ibrahim untuk melaksanakan perintahnya.
“Beritahu pada pengikut kamu, pakai pakaian putih semasa datang ke gereja,”
Yakin dengan firasatnya, Ibrahim mula mengorak langkah menuju ke gereja dan bersedia untuk memberitahu pengikutnya mengenai mimpi yang dialaminya.
Beliau mahu pengikutnya percaya bahawa mimpi itu telah ‘menghantui’ dirinya.
Ibrahim juga mahu memaklumkan berkaitan dengan pemakaian kopiah kepada pengikutnya.
Dengan izin Allah, pengikutnya menerima perkara yang disampaikan dengan hati terbuka dan tiada satu bantahan yang disuarakan.
“Apabila mesyuarat seterusnya diadakan, ribuan pengikut memakai kopiah putih di atas kepala mereka. Semua, menerima apa yang disampaikan,” cerita Ibrahim.
Apabila seorang lelaki Muslim hadir untuk memimpin lafaz syahadah, Ibrahim tidak dapat menyorokkan perasaan gembira dan mengatakan beliau sudah lama menunggunya hadir ke gereja itu.
Sebak dengan kehadiran lelaki itu, Ibrahim turut menceritakan perkara yang terjadi kepadanya.
Sudah lama beliau menunggu saat tersebut, mimpi yang ditakdirkan oleh Allah, memudahkan untuknya menuju ke jalan yang benar.
Allah tidak membiarkan Ibrahim keseorangan, malah ketika beliau melafazkan syahadah di gereja.
Pengikutnya juga melakukan perkara yang sama menunjukkan mereka sokong dengan tindakan beliau untuk masuk Islam.
Perkara itu sekali gus membuatkan ribuan pengikut memeluk Islam dengan hanya sekali lafaz selepas dipimpin oleh seorang lelaki Muslim.
Ribuan suara menuturkan perkataan syahadah, bergema di gereja tersebut.
Begitu indah sekali kisah Ibrahim Richmond, hanya dengan mimpi dia kini sudah memeluk agama Islam sambil membimbing pengikut di gereja dulu.
Artikel asal: Siakap keli
Baca juga: Di Mekah pun nak menipu, jemaah dedah taktik scammer badal haji – “Ini bedal haji”