Di Mekah pun nak menipu, jemaah dedah taktik terbaru scammer ‘bedal haji’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang jemaah haji yang dipercayai warganegara tempatan telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan baru-baru ini.

Jemaah tersebut mendakwa, wujudnya kegiatan penipuan melibatkan ibadah badal haji di tanah suci Mekah, Arab Saudi.

Maklum jemaah itu, pelaksana yang diberi tanggungjawab untuk menunai ibadah badal haji telah melanggar amanah yang diberikan.

Turut memuat naik video sebagai bukti, pelaksana ini dikatakan ‘mengerjakan’ badal haji untuk beberapa penama di waktu yang sama.

Menurutnya, pelaksana ini akan mengambil gambar bersama kertas tertera kenyataan ‘upah badal haji’ bersama nama waris pemberi amanah.

“Antara nama-nama badal haji, nampak Malaysia. Dia baca ‘saya berada di Arafah dan saya tengah buat haji untuk sekian-sekian’.

“Kemudian dia koyakkan. Lepas itu katanya dia orang akan ambil pula gambar dengan nama baharu. Satu orang tu berapa orang dah. 

@ab_timee

Sindiket scammer bedal haji. Video daripada kawan saya yg sedang buat Haji di Arafah. Ustaz Kashful Azim #haji #badalhaji #badalhajimurah #arafah #umrah

♬ bunyi asal – MutawwifKimie – MutawwifKimie

“Jadi ni ke badal haji yang murah tu? Mamat ni rasa dah berapa kali dah, muka dia saja. Adalah dua, tiga nama saya nampak muka dia saja,” kongsinya.

Tular di media sosial, timbul persoalan mengenai status badal haji yang dikerjakan oleh pelaksana tidak bertanggungjawab itu.

Carian di laman web Pejabat Mufti Wilayah menyatakan bahawa hukum mengerjakan badal haji bagi beberapa individu dalam satu masa adalah tidak sah.

Oleh itu, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dalam memilih pakej badal haji dan tidak tertipu dengan tawaran harga yang tidak masuk akal.

Baca juga: “Dia ingat mak aku bodoh agaknya tak kenal anak sendiri” – Taktik baru scammer minta ‘duit tebusan’