Bekas TYT Sabah meninggal dunia

Oleh ROSLAN ZAMAN

Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada umur 78 tahun malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dalam kenyataan rasminya mengesahkan berita pemergian Allahyarham pada selasa, pukul 8.45 malam tadi.

Beliau berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital KPJ Kota Kinabalu di sisi ahli keluarga.

Kerajaan negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang selama tempoh berkenaan.

Ahmadshah merupakan Yang di-pertua Negeri Sabah kesembilan dan berkhidmat dari 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002. 

baca: sabah