Graduan daripada 10 universiti tempatan dikenal pasti sebagai paling digemari oleh majikan dalam sektor minyak dan gas, menurut perkongsian platform Meta Oil & Gas.
Senarai itu menunjukkan kadar penerimaan graduan dari universiti tertentu ke dalam industri berkenaan, menjadikan mereka antara calon paling dikejar.
Lebih menarik, kebanyakan universiti teratas dalam senarai ini adalah institusi tempatan yang telah lama membina reputasi dalam bidang kejuruteraan, sains gunaan dan teknologi tenaga.
Berikut adalah 10 universiti paling digemari oleh bos sektor minyak & gas, berserta peratus peluang diterima ke dalam industri tersebut:
1. Universiti Teknologi Petronas (UTP), peluang diterima 83 peratus
2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – 80 peratus
3. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) – 78 peratus
4. Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) – 75 peratus
5. Universiti Sains Malaysia (USM) – 72 peratus
6. Universiti Putra Malaysia (UPM) – 70 peratus
7. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – 68 peratus
8. Universiti Utara Malaysia (UUM) – 65 peratus
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – 64 peratus
10. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) -60 peratus
Baca juga: Netizen bongkar cerita di sebalik video tular pak cik angkut barang guna Axia macam lori