“Beli kereta mahal tapi sibuk pasal subsidi”- Netizen bidas Wawa Zainal risau nasib ‘bisnes’

Oleh MAISARAH AISYA

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal mengakui timbul keresahan melibatkan penyasaran subsidi minyak yang dijangka memberi kesan kepada perniagaan miliknya.

Isunya adalah kerana isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu bimbang akan ada masalah seperti peningkatan harga barang.

Memetik MalaysiaKini, Wawa memaklumkan penyasaran subsidi boleh dilihat membebankan dan menyebabkan masyarakat bergelut dengan kos sara hidup.

“Sudah tentu (beri kesan) sebab apabila harga minyak naik, semua benda lain juga akan turut naik.

“Peniaga misalnya memerlukan shipping (penghantaran) melalui syarikat logistik dan pengangkutan yang guna diesel untuk mengagihkan produk mereka.

“Jadi, ya, agak mendebarkan sebagai peniaga kerana saya takut orang tidak mahu membeli sangat nanti sebab mereka berasakan perlu lebih berjimat-cermat,” katanya seperti dipetik MalaysiaKini.

Dalam pada itu, Wawa memaklumkan dia sudah menganggarkan jumlah kenaikan perlu diselaraskan untuk produknya dan berharap ia tidak membebankan pelanggan setianya.

“Walaupun kita boleh anggarkan nilainya, kita cuba juga fikir positif. Saya harap pengguna masih sokong perniagaan kami walau apa pun,” katanya.

Komen netizen

Menerusi laman X, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon yang sering berkongsi kehidupan mewah di media sosial.

“Dia risaukan pelanggan dia tak mampu beli sebab kemungkinan kebanyakan mereka mungkin daripada golongan B40 dan M40.

“Kalau risau, turunkanlah harga produk anda tu, yang itukan masih dalam kawalan kau. Tentang pengangkutan kau absorb je la kalau betul risaukan pelanggan,” komen pengguna X.

“Saya sebagai M40 yang berkemungkinan tak dapat subsidi minyak pun tak meroyan macam geng T20 ni. Sudah tiba masanya tax the rich. Ini asyik mengharap marhaen saja mnanggung mereka,” komen pengguna lain.

Baca juga: Wajibkan pekerja angkat telefon setiap masa termasuk hari cuti, Aliff Syukri diselar netizen