Penggunaan bahasa Melayu dilihat kurang di Singapura dan belia di sana lebih memilih untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Bagi rakyat Malaysia, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan jadi tidak terkejut majoriti menggunakan bahasa ini.
Menerusi satu video di TikTok, @beritamediacorp, pengguna ini menemu bual belia dari Singapura untuk bertanya mengapa mereka tidak bertutur dalam bahasa Melayu.
Kebanyakan mereka memilih untuk tidak bercakap bahasa Melayu kerana dikelilingi oleh mereka yang sentiasa betutur menggunakan bahasa Inggeris.
Tambahan pula negara itu mempunyai banyak pelancang dan orang dari luar negara yang menetap dan bekerja di sana.
Rata-rata remaja atau anak muda di sana hanya menggunakan bahasa Melayu di rumah bersama orang tua atau bersama rakan melayu yang lain.
“Saya rasa sebab kita dikelilingi oleh ramai orang yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.
” Jadi kita lebih terpengaruh untuk gunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu,” ujar salah seorang anak muda yang ditemu bual.
Malah ada yang takut menggunakan tatabahasa yang salah hingga menyebabkan dia memilih untuk tidak bercakap bahasa itu.
“Saya rasa tidak saya tidak bercakap Melayu dengan baik, jadi ia sedikit memalukan kalau saya cakap dalam bahasa Melayu.
“Apabila saya perlu berbual dalam bahasa Melayu ia tidak kedengaran seperti bahasa Melayu,” kata belia lain.
Komen warganet:
