Masih ada yang menggunakan ilmu hitam hanya kerana tidak berpuas hati dengan rezeki yang diterima orang lain.
Bukan biasa-biasa, sebolehnya mereka mahu semua pesaing ‘bungkus’ perniagaan agar hanya mereka mendominasi.
Baru buat kemunculan semula dalam industri seni, penyanyi Illa Sabry kongsi kisah dirinya disihir sehingga turun berat badan mendadak lapor Kosmo! Online.
Ujarnya, kejadian yang berlaku pada tahun 2012 masih segar diingatan apabila dia merasa dirinya hampir mati selepas lebih sebulan tidak dapat menjamah makanan.
“Ketika itu saya menjalanankan perniagaan pengiklanan, tiba-tiba saya sakit teruk dan muntah-muntah.
“Setiap makanan yang saya jamah pasti muntah kembali, sampai rasa nak mati. Berat badan pun turun sampai 12 kg,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Ujar penyanyi berusia 45 tahun, pada mulanya dia hanya menganggap sakitnya itu disebabkan penyakit batu karang namun menganggap ia tidak logik.
“Saya memang fikir positif ingat sakit batu karang tetapi doktor kata batu karang saya terlalu kecil untuk saya sakit teruk sebegini.
“Akhirnya saya buat keputusan balik ke rumah ibu bapa, andai habis nyawa di sana pun saya reda.
“Bapa cuba berubat sendiri dan saya minum air penawar. Selepas kali kedua minum air itu saya muntahkan semua, saya sendiri tidak tahu apa yang keluar.
“Alhamdulillah, sejak itu saya sihat dan tidak sakit lagi,” ujar Illa.
Baca juga: Raih kutipan ‘box office’ cecah RM6 juta, filem Babah bakal tembusi negara luar