Pisau blender tumpul? Guna tip ini untuk tajamkan semula!

Oleh MAISARAH AISYA

Blender atau pengisar bukan lagi alatan mewah di dapur, ia kini menjadi keperluan utama bagi kebanyakan isi rumah.

Sama ada untuk menyediakan minuman sihat, pes masakan, atau puri makanan bayi, blender memainkan peranan penting dalam memudahkan kerja di dapur.

Tips Penjagaan Blender

  • Basuh segera selepas digunakan untuk mengelakkan sisa makanan melekat
  • Elakkan mengisi bahan terlalu banyak hingga melimpah
  • Gunakan dengan berhati-hati untuk bahan panas — tunggu sejuk sedikit sebelum mengisar
  • Tajamkan bilah jika pisau mula tumpul, ia boleh dilakukan di rumah dengan cara mudah!

Cara-Cara Menajamkan Pisau Blender

Ramai yang tak tahu, pisau blender yang tumpul sebenarnya boleh ditajamkan semula jangan membazir dengan beli baru.

1. Guna garam kasar atau ais batu

Cara-cara:

  • Masukkan secawan garam kasar atau segenggam ais batu ke dalam blender.
  • Tambahkan sedikit air (jika guna garam).
  • Kisar selama 1-2 minit.
  • Bilas dan lap kering.

2. Guna kulit telur

Cara-cara:

  • Cuci kulit telur terlebih dahulu dan simpan dalam peti ais.
  • Bila sudah sejuk masukkan ke dalam pengisar bersama sedikit air.
  • Kisar untuk beberapa minit sebelum tuangkan kulit telur.
  • Jangan membazir, kulit telur yang dah hancur tu boleh dijadikan baja pula.

3. Guna baking soda dan cuka (optional)

Cara-cara:

  • Campurkan 2 sudu besar baking soda dan ½ cawan cuka dalam blender.
  • Tambahkan air dan kisar selama 1 minit.
  • Bilas dan lap kering.

Jika pisau sudah berkarat teruk, bengkok, atau tidak boleh ditanggalkan, mungkin sudah tiba masa untuk ganti bilah baharu.

Kebanyakan jenama juga menjual bilah ganti secara berasingan, lebih jimat daripada beli blender baru.

Baca juga: Dulu cuma jurujual kereta, anak Malaysia ini sekarang tersenarai dalam 50 individu terkaya