Seorang pemuda dari Indonesia berkongsi di media sosial bagaimana dia hanya membelanjakan RM5 sehari untuk makan.
Difahamkan, lelaki yang bernama Hakim itu bekerja sambilan di Kuala Lumpur.
Sebahagian besar pendapatannya dihantar pulang ke Indonesia untuk keluarganya selepas membuat kira-kira perbelanjaan sebulannya di sini
Menerusi satu video di TikTok dia menunjukkan, dengan wang sebanyak RM5, dia mampu membeli seikat kangkung, beberapa keping tauhu, bawang dan cili.
Daripada bahan-bahan mentah itu dia memasak kangkung goreng serta tauhu kicap.
Sementara itu di ruangan komen, pengguna media sosial menyatakan rasa kagum dengan sikap pemuda tersebut yang rajin berjimat cermat.
Tidak hanya itu, perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen Indonesia yang tertanya kenapa gaji di Malaysia dan Indonesia jauh beza, dan adakah semua keperluan rakyat Malaysia diberi subsidi.
“Kenapa kebutuhan di Malaysia hampir sama ya harganya seperti di Indonesia tapi penghasilan beza. Apakah semua kebutuhan rakyat Malysia disubsidi?,” tanya seorang pengguna.
Baca juga: Anak asnaf tak setuju rakan senasib jadi suri rumah, patut ubah nasib keluarga dahulu