Bermodalkan wajah sedih, pengemis di Johor ini raih pendapatan RM10,000 sebulan!

Oleh KIM SYAZIE

Tidak perlu bekerja keras, pengemis di sekitar Johor Bahru dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM300 sehari.

Jika nilai itu berjaya dikumpulkan selama sebulan, wang yang berjaya dikutip boleh mencecah sehingga RM1000.

Tidak memerlukan modal yang besar, pengemis ini hanya perlu ‘menjual’ tampilan yang menyedihkan di hadapan orang ramai.

Difahamkan, golongan ini menjalankan aktiviti mengemis di kawasan lampu isyarat di sekitar negeri selatan tanah air itu.

Bergiat aktif, mereka akan mula menagih simpati kepada pemandu kereta setiap kali kenderaan diberhentikan di lampu isyarat.

Berdepan dengan masalah kewangan, golongan ini dikatakan datang daripada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru juga mendapati ada di antara pengemis ini mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol.

Menerima aduan daripada orang ramai, JKM segera bertindak menangkap dan menyelamatkan pengemis berkenaan.

Selain kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU), warganegara asing dari Rohingya dan Vietnam turut ditahan dalam operasi itu.

Baca juga: Suami nekad cerai isteri pada malam pertama kerana terkejut lihat wajah tanpa solekan