Isteri kepada pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi membuka suara selepas dituduh berlaku curang sehingga menjadi salah satu punca terjatuh lafaz taklik terhadanya pada Julai tahun lalu.
Afreena menerusi hantaran di Instagram Story itu turut meluahkan rasa kesal di atas tindakan Along memberikan gelaran yang kurang sedap didengar seperti ‘Mak Lampir’ dan ‘Si Polan’ terhadap dirinya.
Wanita berusia 32 tahun itu juga tertanya-tanya sekiranya pelawak terbabit tidak letih membuat pendedahan demi pendedahan sehingga turut melibatkan individu lain di dalam masalah mereka.
Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, namun Afreena menyifatkan individu berkenaan sebagai seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada ahli keluarganya dipercayai bekas suaminya.
Hal ini ekoran Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad mendakwa menerima bukti daripada lelaki terbabit tentang kecurangan Afreena ketika ditemu bual oleh pihak media semalam.
“Hari itu Mak Lampir. Hari ini pula Si Polan. Ewah-ewah, melebih pula engkau ini. Aku tak pernah memanggil kau dengan nama buruk. Iyalah, awaklah yang terpaling betul. Dedah itu, ini. Cakap saya macam itu, macam inilah.
“Awak tak penat ke? Sekarang libatkan bekas ahli keluarga saya pula. Baiklah ketua. Awak sahaja terpaling betul. Saya curanglah, apalah. Oh ya, saya lupa. Kalau nak berurusan dengan penagih dadah ini bukan senang, suka berkhayal.
“Saya rasa sekarang baru masuk akal, kenapa awak suka sangat bercakap. Cakap dan cakap, macam langit itu tiada had. Tinggi sepanjang masa,” katanya dalam perkongsian dimuat naik di akaun miliknya itu.
Menerusi hantaran berikutnya, Afreena turut memberikan penjelasan berhubung tindakannya tetap menghubungi bekas isteri Along iaitu Zila Seeron walaupun dihalang dengan tegas oleh pelawak terbabit.
Jelasnya, Zila sudah tidak berjumpa dengan anaknya yang berada di bawah jagaan Along dalam tempoh lapan tahun dan niat Afreena menghubunginya adalah hanya mahu berkongsi perkembangan kanak-kanak terbabit.

Baca juga: Afreena hubungi bekas isteri Along Cham dan kongsi maklumat anak, jadi punca jatuh taklik