Berkahwin di kala usia yang sudah berusia, pastinya kebanyakan pasangan tidak lagi memikirkan soal zuriat.
Begitulah juga buat pasangan pelakon yang baru berkahwin, Sabri Yunus dan Angeline Tan tidak berharap untuk zuriat.
Menurut Utusan, pasangan tersebut mahukan hidup tenang dan selesa tanpa memikirkan beban membesarkan anak.
Katanya, ketika di usia sekarang, mereka hanya mahukan hidup tenang dan selesa tanpa perlu lagi terbeban dengan membesarkan anak.
“Kami sudah berusia, saya 62 tahun manakala isteri 56. Tidak wajar lagi untuk kami menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.
“Kalau nak mempunyai anak biarlah kita mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Tak perlu susahkan hidup kalau tak mampu.
“Biarlah usia tua kami dalam gembira, tidak terbeban. Kasihan saya dengan orang-orang tua yang terpaksa menjaga cucu. Itu menyusahkan mereka,” katanya seperti dipetik Utusan.
Pasangan tersebut mengejutkan ramai apabila memilih untuk bernikah pada 14 Oktober selepas menaruh hati pada satu sama lain sejak tiga tahun lepas.
Angelina pada masa sama bersetuju dengan pandangan Sabri mengenai soal zuriat apatah lagi kedua-dua mereka ada anak dengan pasangan terdahulu.
“Lagipun kami masing-masing sudah memiliki anak. Tapi saya tak bezakan, anak Sabri ibarat anak kandung saya sendiri.
“Kami berkahwin untuk berteman, pergi ke mana-mana ada sesama kami untuk menjaga satu salam lain. Itu lebih manis,” kongsinya.
Baca juga: Man Raja Lawak mengamuk, dedah identiti penyanyi yang liat bayar hutang RM10,000