Bincang isu Hishamuddin dalam MKT, Zahid akhirnya buka mulut

Oleh ROSLAN ZAMAN

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sebentar tadi membuat kenyataan tiada sebarang perbincangan mengenai Hishamuddin di dalam mesyuarat MKT UMNO semalam.

Memetik portal Berita Harian, Zahid berkata tiada kepentingan untuk menyebut isu bekas Naib Presiden UMNO dalam mesyuarat.

“Tidak ada bincangkan (mengenai Hishammuddin dalam mesyuarat MKT UMNO). Tidak begitu penting soal itu,” katanya.

Sebelum ini, UMNO Bahagian Sembrong mencadangkan supaya penggantungan keahlian Hishammuddin ditarik semula bagi memperkukuh parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hishammuddin yang juga bekas menteri di zaman pemerintahan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri digantung keahlian selama enam tahun bermula 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan MKT UMNO.

baca: dana Umno