Biro Pendidikan AMANAH kesal kerajaan tiada komitmen mulakan dasar pendidikan digital

Oleh KIM SYAZIE

Jawatankuasa Biro Pendidikan AMANAH Nasional, menegur tindakan kerajaan yang sama sekali tidak menyatakan komitmen mereka dalam memulakan dasar pendigitalan pendidikan.

Ahli jawatankuasanya, Syazmir Hariz Noorazalan berkata, inisiatif kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2022 yang memperuntukkan bantuan peranti kepada golongan berkeperluan, adalah cukup memuaskan.

Bagaimanapun katanya, ia bukanlah langkah yang paling berkesan untuk memulakan proses pendigitalan dalam pendidikan.

“Seharusnya kerajaan bersedia membuat pelaburan jangka panjang dengan memberi peruntukan yang lebih kepada latihan profesionalisme guru-guru di sekolah dan bakal guru di IPT berhubung pembangunan digital dalam pendidikan.

“Gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 untuk menumpukan kepada usaha pendigitilan pendidikan, perlu disambut oleh Kementerian Kewangan dengan cara menyalurkan peruntukan permulaan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan dalam Bajet 2022.

“Ini penting bagi memastikan kerajaan tidak melaksanakan retorik dasar semata-mata tanpa membuktikan komitmen mereka dalam belanjawan kali ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca Artikel Penuh