Biskut lemau jangan terus buang! Ini 5 cara mudah nak rangupkan semula

Oleh MAISARAH AISYA

Pernah tak jadi situasi bila biskut atau kerepek yang baru dibuka tiba-tiba jadi lemau? Memang rasa sayang nak makan, apatah lagi nak buang.

Namun sebenarnya, ada beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk mengembalikan kerangupan snek tersebut tanpa perlu dibazirkan.

Menerusi satu perkongsian Lemon8, NorbayaDahalan berkongsi lima kaedah yang boleh digunakan, malah ada antaranya hanya menggunakan peralatan dapur biasa di rumah.

Antara caranya:

1. Air fryer

Masukkan biskut atau kerepek dan panaskan selama 3 minit pada suhu 180°C.

    2. Microwave

    Panaskan pada suhu tinggi selama kira-kira 40 saat.

    3. Oven

    Susun biskut, kerepek lemau atas tray. Susun dan pastikan ada jarak serta panaskan oven.
    Set suhu 150 degree 5-10 minit. Keluarkan dari oven.

    Tunggu sejuk nanti biskut, kerepek akan rangup semula

    4. Periuk nasi

    Letakkan dalam periuk nasi dan biarkan pada mod ‘keep warm’ selama 40 minit (boleh tambah masa jika belum rangup).

    5. Sangai atas dapur

    Gunakan kuali dan sangai dengan api perlahan sehingga kembali rangup.

    Perkongsian ini bukan sahaja memudahkan, malah membantu mengelakkan pembaziran makanan. Jadi lepas ini, kalau biskut atau kerepek dah lemau, tak perlu terus buang.

    Baca juga: Isteri tak pernah tukar cadar walau sekali, Faizal Hussein dedah rahsia kekal kasih sayang