Bocor rahsia sulit kerajaan punca Sanusi dihalang hadiri majlis rasmi kerajaan?

Oleh KIM SYAZIE

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa beliau dihalang dari menghadiri majlis rasmi Kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi (LIMA’23) disebabkan dirinya membocorkan rahsia sulit kerajaan

Dakwanya, tuduhan dibuat terhadapnya berdasarkan satu program ceramah di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.

Dalam program berkenaan, beliau dikatakan telah membocorkan rahsia kerajaan kepada umum selepas menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar serta Ketua Menteri di Parlimen.

“Saya beritahu (dalam ceramah tersebut) saya hadir mesyuarat itu, siapa yang bentang dan mengenai apa tetapi bukan isi yang ada di dalam kertas.

“Inilah tuduhan mengatakan saya membocorkan rahsia kerajaan. Jadi saya dilarang menyertai program Kerajaan Persekutuan kerana cerita Anwar bentang sendiri kertasnya (pembentangan).

“Siapa bentang dan mesyuarat itu bukan sulit. Kandungan kertas (pembentangan) yang ditulis itu sebenarnya sulit. Saya beritahu siapa bentang bukan apa yang dibentang.

Baca Artikel Penuh