Bosan dengan drama pukul 7, netizen minta sekat dua pelakon, suruh Aliff Aziz balik je Singapura

Oleh MAISARAH AISYA

Tular tangkap layar perbualan antara pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz yang dikatakan berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Segala tangkap layar tersebut dimuat naik wanita yang mendakwa dirinya adalah kekasih hati kepada pelakon kelahiran Singapura itu.

Dalam tangkap layar itu jelas terlihat perbualan Ruhainies dan Aliff yang tidak habis mengutuk Bella malah turut mengaitkan artis dalam hal tersebut.

Bukan sahaja itu, Aliff turut dilihat memanggil isterinya dengan gelaran babi kerana ‘sailang’ kerja Ruhainies sebagai duta satu produk.

Penat dengan kisah Aliff, rata-rata netizen memohon supaya dia kembali sahaja ke Singapura, tak perlu masuk industri Malaysia.

“Tolong banned (sekat) dua manusia ni. Jangan bagi diorang kerja, Aliff Aziz tu halau balik Singapura. Haramkan masuk dekat Malaysia,” komen pengguna X.

“Buat hal si Aliff ni, nak jatuhkan isteri yang sediakan kereta untuk kemudahakan kau. Sudahlah tak ada duit nak bayar ppinjaman, lesen pun tak ada. Buat malu,” komen pengguna X.

Gunakan agama untuk tutup kesalahan

Lebih menaikan kemarahan netizen, mereka ini tanpa segan silu menggunakan agama untuk saling mendoakan tanpa sedar kesalahan dilakukan mereka.

“Yang tak tahan tu, boleh pula Aliff Aziz dengan Ruhainies saling mendoakan, pastu sebut Allah. Diorang tak sedar ke yang perbuatan diorang tu memang dah berdosa? Sepatutnya insaf, ini tak, makin menjadi-jadi.”

“Aliff Aziz dan Ruhainies tak patut tunggang agama konon pergi umrah nak sucikan diri sekali balik sini terlondeh satu-satu aib,” antara komen netizen.

Baca juga: Sah cerai talak satu, ini alasan Adira enggan tuntut sebarang nafkah dari Datuk Red