Sah cerai talak satu, ini alasan Adira enggan tuntut sebarang nafkah dari Datuk Red

Oleh WAN SITI AMINAH

Ikatan perkahwinan antara penyanyi, Adira Suhaimi dengan suaminya iaitu Datuk Red akhirnya terlerai selepas sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.

Datuk Red melafazkan cerai talak satu itu pada jam 9.39 pagi tadi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar selepas mahkamah membenarkan permohonan plaintif iaitu Adira mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Mahkamah kemudian memerintahkan pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi untuk menjalani tempoh edah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perpisahan mereka selepas perceraian talak satu tersebut disabitkan.

Baca Artikel Penuh