Meskipun sudah didedahkan dengan keburukan menghisap dadah atau minum minuman keras masih ada hingga kini yang melakukan ia.
Bila dah terlambat mula menyalahkan orang sekeliling kononnya tidak menegur sedangkan banyak kempen dilakukan dan pertolongan dihulurkan.
Buat penyanyi Amneg Spring dia menganggap dua perkara ini sebagai tidak berfaedah dan boleh menyebabkan kehancuran jika tidak dibendung dari awal lapor Harian Metro.
“Tiada faedah langsung, rugi duit, masa dan kalau terjadi apa-apa memang tak berbaloi. Jadi, kepada mereka yang terbabit cepatlah insaf sebelum terlambat kerana ia memang
“Sebagai contoh, orang yang ambil alkohol akan merosakkan sistem dalam badan apabila menghidap sakit saraf dan sebagainya.
“Begitu juga ambil dadah. Mungkin tak kena tangkap, tapi ada bahaya lain menanti seperti khayal semasa memandu sehingga mengakibatkan kemalangan maut,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Tegasnya, itu bukanlah rekaan cerita sahaja, sebaliknya dia bercakap berdasarkan bukti yang dilihat di depan matanya.
“Ada kawan saya yang meninggal dunia kerana sakit jantung, kena penyakit buah pinggang, saraf dan macam-macam lagi akibat aktiviti negatif ini.
“Benda salah yang kita buat pasti akan memakan diri semula. Kalau tak kena sekarang mungkin ia akan kena pada masa akan datang.
“Ada juga yang tiba-tiba sakit sebelum waktunya. Sepatutnya, umur 40-an atau 50-an tak sakit lagi, kalau ikutkan kesihatan masih normal.
“Kecuali kalau meninggal dunia pada usia 70-an kerana boleh ditakrifkan sebagai sakit tua,” tambahnya.
Sekadar info, Ameng pernah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.
Baca juga: TokTi guna Booking.com je untuk tempah hotel termahal di Dubai